Khamis, 16 Jun 2016

APA MENU MENARIK BERSAHUR DI ANCASA RESIDENCES POR DICKSON

Assalamualaikum...

Masa Bonde bermalam dekat Ancasa Hari tu... Bonde bangun jam 4.00 pagi tau, sebab dah terbiasa dekat rumah terbangun jam 4.00 pagi untuk sahur tapi tu kene masak-masak atau panaskan lauk.

Bila jam bunyi jer bergegas bangun... Nak pi Besahur, Sahur kali ni kene ke Blok B bersebelahan lobby tu tempat kami bersahur  nak tahu Cerita Berbuka dan Info Bilik Tidur

APA MENU MENARIK BERSAHUR DI ANCASA RESIDENCES POR DICKSON


Menu Bersahur Pagi tu ialah : 



Rendang Minang Negeri Sembilan


Sayur Bayam Masak Tumis Air



Ikan Masak Asam Pedas 


Ayam Masak Sambal


Nasi Putih


Pagi tu Bonde teruja nak rasa Ikan Masak Asam Pedas... makan bersama nasi putih.  Memang sedap sekali! Pagi-pagi kalau masa bersahur kene jamah makanan yang panas-panas.  Kalau sejuk memang tak lalu nak makan.

Alhamdulillah semua makanan untuk bersahur di hidangan Panas-panas berselera nak makan...



Pagi ni teringin nak makan honey star dengan susu... ha ha ha sebab nampak Fatin dah ambik coco crunch kat sebelah...

Anda boleh pilih nak yang mana satu, ada coco crunch, honey star dan corn flakes

Pagi-pagi ada juga dihidangkan buah tau!...
ada tembikai dan tembikai susu



Bonde ambik tembikai dan 2 biji kurma :)


Last sekali ambik air tea ni... sedap pulak tea ni kene top up lagi secawan nampaknya...

Syukur Alhamdulillah dapat bersahur pagi ni... 

Jumpa next entri pagi-pagi nanti, nak ronda-ronda garden dengan spa kat bawah tu.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Aku tak pernah memiliki kebijakan, hanya melakukan yang terbaik setiap kali dan setiap hari...

Terima kasih memberi ulasan dientri ini...