Selasa, 28 Jun 2016

“Duit Raya Giveaway by SpendaLusuh”

Assalamulaikum Dan Selamat Pagi...

Jom Join GA ni... by SpendaLusuh



[ clik Banner untuk join ]

Sabtu, 25 Jun 2016

"Pencarian Bloglist Bulan Julai"

Salam Dan Selamat Pagi...

Pagi yang ceria jom join :


 "Pencarian Bloglist Bulan Julai" 





[ klik banner untuk join ]

Khamis, 16 Jun 2016

APA MENU MENARIK BERSAHUR DI ANCASA RESIDENCES POR DICKSON

Assalamualaikum...

Masa Bonde bermalam dekat Ancasa Hari tu... Bonde bangun jam 4.00 pagi tau, sebab dah terbiasa dekat rumah terbangun jam 4.00 pagi untuk sahur tapi tu kene masak-masak atau panaskan lauk.

Bila jam bunyi jer bergegas bangun... Nak pi Besahur, Sahur kali ni kene ke Blok B bersebelahan lobby tu tempat kami bersahur  nak tahu Cerita Berbuka dan Info Bilik Tidur

APA MENU MENARIK BERSAHUR DI ANCASA RESIDENCES POR DICKSON


Menu Bersahur Pagi tu ialah : 



Rendang Minang Negeri Sembilan


Sayur Bayam Masak Tumis Air



Ikan Masak Asam Pedas 


Ayam Masak Sambal


Nasi Putih


Pagi tu Bonde teruja nak rasa Ikan Masak Asam Pedas... makan bersama nasi putih.  Memang sedap sekali! Pagi-pagi kalau masa bersahur kene jamah makanan yang panas-panas.  Kalau sejuk memang tak lalu nak makan.

Alhamdulillah semua makanan untuk bersahur di hidangan Panas-panas berselera nak makan...



Pagi ni teringin nak makan honey star dengan susu... ha ha ha sebab nampak Fatin dah ambik coco crunch kat sebelah...

Anda boleh pilih nak yang mana satu, ada coco crunch, honey star dan corn flakes

Pagi-pagi ada juga dihidangkan buah tau!...
ada tembikai dan tembikai susu



Bonde ambik tembikai dan 2 biji kurma :)


Last sekali ambik air tea ni... sedap pulak tea ni kene top up lagi secawan nampaknya...

Syukur Alhamdulillah dapat bersahur pagi ni... 

Jumpa next entri pagi-pagi nanti, nak ronda-ronda garden dengan spa kat bawah tu.. :)

APA MENU MENARIK BERSAHUR DI ANCASA RESIDENCES POR DICKSON

Assalamualaikum...

Masa Bonde bermalam dekat Ancasa Hari tu... Bonde bangun jam 4.00 pagi tau, sebab dah terbiasa dekat rumah terbangun jam 4.00 pagi untuk sahur tapi tu kene masak-masak atau panaskan lauk.

Bila jam bunyi jer bergegas bangun... Nak pi Besahur, Sahur kali ni kene ke Blok B bersebelahan lobby tu tempat kami bersahur  nak tahu Cerita Berbuka dan Info Bilik Tidur

APA MENU MENARIK BERSAHUR DI ANCASA RESIDENCES POR DICKSON


Menu Bersahur Pagi tu ialah : 



Rendang Minang Negeri Sembilan


Sayur Bayam Masak Tumis Air



Ikan Masak Asam Pedas 


Ayam Masak Sambal


Nasi Putih


Pagi tu Bonde teruja nak rasa Ikan Masak Asam Pedas... makan bersama nasi putih.  Memang sedap sekali! Pagi-pagi kalau masa bersahur kene jamah makanan yang panas-panas.  Kalau sejuk memang tak lalu nak makan.

Alhamdulillah semua makanan untuk bersahur di hidangan Panas-panas berselera nak makan...



Pagi ni teringin nak makan honey star dengan susu... ha ha ha sebab nampak Fatin dah ambik coco crunch kat sebelah...

Anda boleh pilih nak yang mana satu, ada coco crunch, honey star dan corn flakes

Pagi-pagi ada juga dihidangkan buah tau!...
ada tembikai dan tembikai susu



Bonde ambik tembikai dan 2 biji kurma :)


Last sekali ambik air tea ni... sedap pulak tea ni kene top up lagi secawan nampaknya...

Syukur Alhamdulillah dapat bersahur pagi ni... 

Jumpa next entri pagi-pagi nanti, nak ronda-ronda garden dengan spa kat bawah tu.. :)

Rabu, 15 Jun 2016

RAMADHAN SPECIAL @ ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...

Akhirnya Bonde stay 1 malam di Ancasa Residences Port Dickson sebab apa Bonde Stay dekat Ancasa ni sebab ada Promosi Ramadhan Special tau.. hu hu hu, tidur 1 malam dengan menyewa 'One Bedroom Apartment' bernilai RM 198.00 sahaja murahkan.



Jom tengok-tengok bilik yang Bonde akan menginap malam ni.



Apartment 1 Bilik, mempunyai katil twin sharing (maklumlam malam ni bermalam dengan Fatin berdua)



Ruang tamu pula besar tau...




Ruang makan dan dapur


Padangan dari sisi balkoni


Ruang tamu yang besar


Boleh menonton tv sambil baring-baring


Susun perabot simple dan menarik



Ok fatin nak tidur dah.... lampu pon dah samar-samar tu...



Bagi pendapat Bonde jika anda ingin bercuti datanglah ke Ancasa Residences Port Dickson pada bulan Ramadhan ini, kerana ada terdapat promosi yang diberikan sempena bulan Ramadhan.

Selain dari bilik besar yang memberi keselesaan jika menginap disitu, ianya juga memberi kedamaian kerana terdapat laut biru dibelakang lot apartment ini... tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa dan permandangan pantai Port Dickson dari atas membuatkan anda rasa tenang sekali.

info untuk anda ke AnCasa Residences Port Dickson :


Ancasa Residences, Port Dickson 

8 1/2 Jalan Pantai Teluk Kemang. Negeri Sembilan, Port Dickson, 71050, Malaysia.+606-6627288+606-6628868

Customer Service reservation@ancasapd.com

Reservation 
reservation@ancasapd.com

Selasa, 14 Jun 2016

Segmen Sampul Duit Raya Seindahcerita

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Segmen Sampul Duit Raya  Seindahcerita | Alhamdulillah, tahun nie sampul duit raya DIY yang nieyl jual mendapat sambutan yang menggalakkan.. hari ini dengan berbesar hati dan rendah dirinya nieyl nak buat 1 segmen untuk semua follower blog seindahcerita. Suka tak? Nieyl menjadi 2 pemenang sampul duit raya..dengan menggunakan khidmat En.Random.org


Syarat-syaratnya..

1. Follow Blog Seindahcerita

2. Follow Instagram Nieylanadia

3.Like Fanpage Seindahcerita

4. Buat Entry bertajuk Segmen Sampul Duit Raya Seindahcerita

5.Letak banner dan link ke entry ini

6.Jangan lupa tinggalkan URL entry dalam entry ini okey!


Atau korang boleh terus copy code di bawah dan paste di html entry korang :)

Segmen 12 Jam Bloglist #21 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 15 Jun 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #21 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

BUFET RAMADHAN SEMURAH RM 38 DI ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON

Assalamualaikum Dan Selamat petang...

Salam 9 Ramadhan.. Moga semua dalam keadaan sihat hendaknya hari ini, Syukur Alhamdulillah dah 9 Ramadhan hari ni.. cepat masa berlalu betul tak?




Jumaat, 10 Jun 2016 di AnCasa Residences, Port Dickson telah diadakan seperti tahun-tahun yang lepas, AnCasa Residences menyediakan Program Amal bersama Anak-anak Yatim.



SELERA DESA NOSTALGIA 60 AN

Tahun ini pihak AnCasa Residences, Port Dickson mengetengahkan elemen 60an dengan alunan muzik dari era 60 an sepanjang bulan Ramadhan. Pilihan lagu-lagu klasik yang akan menjadi halwa telinga anda sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.. Bagi ibu/bapa yang ingin berkongsi perasaan mereka bersama anak-anak inilah masanya yang sesuai kerana anak-anak zaman ini tidak pernah merasa suasana tersebut.


Sudah pasti anda merindui detik-detik kenangan dulu bersama insan tersayang... teringat pula ketika kecil bersama ayah bonda tercinta melalui saat-saat manis pasti menambat hati seisi keluarga menjamu selera.



Bufet Ramadhan Tahun ini, Disajikan dengan juadah menarik diilhamkan oleh Chef Mouses dengan menyajikan hidangan enak yang menggunakan 1001 jenis rempah ratus rahsia bagi menghasilkan makanan yang lazat buat anda seisi keluarga.



1001 Jenis Rempah Ratus Rahsia



BUFET RAMADHAN TERMURAH DI PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN.





Promosi Bufet Ramadhan bernilai RM 38.00 sahaja,

bermula dari 10 Jun - 3 Julai 2016




haaaaa mesti anda nak tahu ada apa dalam kawah ni kan.... Dalam tu ada pelbagai lauk pauk yang memang membuka selera tau... rugi kalau tak makan dan rasa.. 


Antaranya :


Ayam Percik Negeri Sembilan


Udang Masak Lemak Nenas Muda



Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak


Asam Pedas Ikan dengan Bunga Kantan Bersama Terung


Rendang Daging


Sambal Tempe 

Gerai-gerai yang terdapat Bufet Ramadhan AnCasa


Ice Kacang



Gerai Pelbagai Jenis Mee


Gerai Murtabak dan Roti Jala




Gerai Lok Lok



Nilah Lok Lok namanya...


Gerai Ikan Panggang, Kepak Ayam Panggang dan Kambing Panggang


Tak perlu takut tak dapat kambing Grill sebab ada 2 ekor besar tau...




Abg Chef tengah potong tu hu hu hu sabar tunggu




Sedia untuk anda...


(merecik kan!)


Gerai Char Kuey Teow



Pelbagai Jenis Bubur


Gerai Rojak Buah Dan Pelbagai Jenis Kerabu


Kerabu Kacang Botol



Kerabu Sotong (emmm sedapnye)


Pelbagai Jenis Sambal... 


~ Ada Budu, Sambal belacan, Sambal Cencalok dan Sambal Tempoyak


Pelbagai Jeruk dan Ulam-ulaman




Fav Kanda dan Fatin Sambal petai cicah belacan 


Rojak Pecal


Buah-buahan dan pelbagai jenis pencuci mulut.





(yummy)


Bubur candil 


Apam Balik Garing


Pelbagai jenis minuman sejuk.


Sementara menunggu waktu berbuka... 


Menu yang kami rasa pada hari itu...








Jemput makan yea... tapi semua ni bukan untuk Bonde tau...


Paling fav bubur candil ni... sedap kene dengan citarasa Bonde.


Ais Kacang, ais kacang... penghilang dahaga... sejuk tapi kurang manis..



Dapat juga makan buah rambutan dan duku langsat.. walau tak musim sekarang ni...



Untuk Info anda semua....

Bufet Ramadhan Selera Desa "Nostalgia 60 an" dibuka setiap hari bermula 10 Jun 2016 sehingga 3 julai 2016 dari pukul 7.00 malam hingga 10.00 malam pada kadar RM 38 bersih. Surau ada disediakan bagi kemudahan anda yang ingin menunaikan solat.


Tempahan berkumpulan lebih daripada 100 orang juga boleh diatur, Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Saffron Brasserie du talian 06-662728 samb. #6 atau talian bebas tol di 1-800-88-0032.


kredit pic: www.qasehsu.com


~ nota harian Bonde ~